MUAR - Polis kini mengesan beberapa pengguna laman sosial Facebook yang dipercayai menyebarkan berita palsu mengenai 13 pelajar Sekolah Kebangsaan Bukit Pasir di sini yang diculik Rabu lepas, sehingga menimbulkan keresahan dalam kalangan ibu bapa serta masyarakat.
Ketua Polis Daerah Muar Asisten Komisioner Azman Ayob berkata mereka terlibat menyebarkan berita palsu berkenaan diminta segera menyerah diri kepada polis bagi membantu siasatan.
"Kejadian yang didakwa oleh pengguna Facebook pada Rabu adalah tidak benar kerana siasatan mendapati wanita berusia 46 tahun itu hanya membawa 13 murid sekolah itu bersiar-siar sebelum menghantar mereka semula ke sekolah.
"Pihak polis telah menyerahkan wanita tersebut kepada pasukan perubatan Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) dan disahkan mempunyai rekod masalah mental," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Semalam media melaporkan seorang wanita yang dipercayai kurang siuman membawa 13 pelajar sekolah rendah bersiar-siar dengan kenderaannya sebelum menghantar mereka ke sekolah.
Beliau yang menafikan kejadian itu sebagai kes penculikan seperti yang tersebar luas di laman sosial, meminta agar pengguna Facebook lain khususnya ibu bapa supaya berhati-hati.
Azman berkata kes berkenaan dianggap sudah selesai namun kecewa dengan sikap beberapa pengguna laman sosial yang masih menyebar berita tidak benar.
"Tindakan tidak bertanggungjawab yang dilakukan oleh beberapa pengguna laman sosial Facebook hanya akan menimbulkan keresahan dalam kalangan penduduk setempat," tegasnya.
Justeru, beliau menasihati pengguna Facebook agar lebih matang dan bertanggungjawab dalam mendapatkan kesahihan berita terlebih dahulu dan bukan mengambilnya dari sumber khabar angin sehingga boleh mengganggu siasatan sesuatu kes.
- Bernama