“Islam memberi saya harapan dan kekuatan. Solat menenangkan jiwa saya,” katanya kepada akhbar Bild pada hari Isnin lalu.  Pemain bola...

9:12 PM by Unknown


“Islam memberi saya harapan dan kekuatan. Solat menenangkan jiwa saya,” katanya kepada akhbar Bild pada hari Isnin lalu. 

Pemain bola sepak Jerman Danny Blum berusia 24 tahun mengumumkan telah memeluk agama Islam dan menyifatkan agama ini sebagai sumber kekuatan kepada dirinya.

Beberapa minggu yang lalu pemain bola sepak ini akui mengambil keputusan untuk memeluk islam setelah tertarik dengan agama ini ketika dalam lawatannya ke sebuah masjid.

Menceritakan bagaimana beliau tertarik dengan Agama Islam ujarnya “Saya ada melawat sebuah masjid dan entah mengapa saya terus tertarik untuk mengetahui lebih dalam mengenai agama ini.” kata Blum.

Ujarnya lagi kini beliau sedang belajar mengamalkan ajaran agama Islam seperti solat dan pengambilan makanan halal.

Menurut Blum, pada mulanya dia agak gusar dan takut keputusannya memeluk agama Islam itu dihalang oleh ibu bapanya namun keputusannya itu disambut baik oleh keluarganya.

Tambahnya lagi “Mereka adalah orang Kristian yang taat. Tetapi tidak lama selepas itu mereka berkata yang saya perlu berbuat demikian jika saya percaya bahawa Islam adalah agama betul,” katanya.

Blum yang menyertai FC Nurnberg di Bavaria sejak Julai lalu juga pernah mengalami kecederaan lutut dan terpaksa berehat selama enam bulan.

Kisah Danny Blum yang memeluk agama Islam ini heboh diperkatakan oleh media barat.

| Sumber: MYNEWSHUB.CC |