Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tim Cook, mengucapkan terima kasih kepada pengguna-pengguna Apple yang memberi sambutan luar biasa kepada p...

8:10 PM by Unknown

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tim Cook, mengucapkan terima kasih kepada pengguna-pengguna Apple yang memberi sambutan luar biasa kepada produk syarikat tersebut berikutan keuntungan luarbiasa yang diperolehi oleh syarikat itu pada suku pertama kewangan 2015.

Syarikat pengeluar telefon pintar Apple Inc mencatat rekod baharu dengan keuuntungan sebanyak AS$18 bilion (RM65 bilion) bagi suku pertama tahun kewangan 2015. Ini berikutan sambutan luar biasa terhadap iPhone terutamanya pengguna di China.

Menurut Apple, sehingga kini syarikat tersebut sudah menjual satu bilion peranti yang menggunakan sistem operasi (OS) iOS.

Pada masa yang samaa Apple juga mengumumkan peranti pintar boleh dipakai, Apple Watch yang diperkenalkan tahun lalu akan mula dijual bulan April ini.

Dengan mengambil kira prestasi kewangan semasa, lembaga pengarah Apple mengumumkan dividen tunai 47 cents (RM1.70) sesaham yang akan dibayar pada 12 Februari ini.
Saham Apple naik lima peratus kepada AS$115.20 (RM415) dalam sesi selepas dagangan malam tadi. - AFP