Nursuhaila Eliani Suhaimi bekas isteri kepada pelakon dan pengacara Jimmy Shanley menjalani hukuman penjara tujuh hari mulai hari ini sele...

7:18 PM by Unknown
Nursuhaila Eliani Suhaimi bekas isteri kepada pelakon dan pengacara Jimmy Shanley menjalani hukuman penjara tujuh hari mulai hari ini selepas ingkar perintah mahkamah berkaitan hak lawatan dan bermalam anak mereka, Zahrah Rania.

Mahkamah Tinggi Syariah di sini, sebentar tadi memerintahkan hukuman tersebut dilaksanakan selepas menolak tunjuk sebab yang dikemukakkan oleh Nursuhaila.

Namun demikian mahkamah menangguhkan hukuman tersebut sehingga jam 4 petang ini bagi membolehkan peguam Saadiah Din memfailkan permohonan penggantungan pelaksanaan hukuman terhadap anak guamnya.