Sebelum bekerja dengan Sheila Rusly buat pertama kalinya menerusi drama bersiri, Syurga Nur, Janna Nick akui takut untuk berhadapan dengan aktres berpengalaman itu di hadapan kamera.
Maklumlah, sebelum itu dia pernah ‘ditakut-takutkan’ dengan cerita kononnya Sheila seorang yang sangat garang dan sukar untuk bekerjasama.
“Sebagai orang baru dalam industri ini, memanglah saya jadi takut apabila orang menyampaikan cerita macam itu kepada saya.
“Sedikit sebanyak cerita-cerita negatif macam itu membuatkan saya rasa rendah diri dan bimbang kalau-kalau timbul sebarang masalah sekiranya saya tidak dapat deliver watak yang saya lakonkan bersama Sheila Rusly.
“Ya lah… Dah la saya ni masih dalam proses belajar berlakon, digandingkan pula dengan seorang pelakon senior yang cukup berpengalaman. Pastilah rasa takut-takut juga,” kata Janna Nick kepada Mangga Online dalam satu pertemuan di studio Utusan Karya di Bandar Baru Bangi, Selangor, tempoh hari.
Ketika ini, Syurga Nur lakonan Janna Nick dan Sheila Rusly sedang menjadi tontonan ramai pada setiap jam 7.00 malam (Isnin hingga Khamis) menerusi slot Akasia TV3.
Drama terbitan JS Pictures, arahan Azman Yahya (Jinggo) ini turut membariskan pelakon seperti Amar Asyraf, Raja Ilya, Azrel Ismail, Dayana Roza dan Erwin Dawson.
Pengalaman Berharga.
Tetapi kebimbangan yang timbul ekoran cerita-cerita negatif tentang Sheila Rusly yang disogokkan kepadanya sebelum itu, berubah menjadi satu pengalaman yang cukup berharga pula buat aktres yang baru berusia 20 tahun ini.
Bintang muda yang nama sebenarnya, Nurul Jannah Muner ini memberitahu Mangga Online, sepanjang penggambaran Syurga Nur, dia tidak pula berhadapan dengan Sheila Rusly ‘versi’ garang dan sukar untuk bekerjasama seperti cerita-cerita yang disampaikan kepadanya sebelum ini.
“Alhamdulillah, setelah berpeluang bekerja dengan Kak Sheila, saya tidak ada masalah bekerjasama dengannya. Sebaliknya, dia yang banyak mengajar saya bagaimana untuk lebih menghayati watak Nur.
“Maklumlah, di luar set, perwatakan sebenar saya tidak macam watak Nur yang ayu, lemah-lembut dan banyak bermain dengan emosi. Sedangkan perwatakan saya yang sebenar, lebih kasar, kelakar dan lebih bersahaja.
“Jadi untuk menghidupkan watak Nur, saya terpaksa mengubah karaktor saya.
“Kak Sheila lah yang banyak mengajar saya bagaiamana nak merealisasikan lagi watak Nur. Sehinggakan cara saya berjalan dan bercakap pun Kak Sheila perbetulkan agar sesuai dengan karaktor Nur yang ayu dan lemah-lembut itu,” ceritanya.
Selain cuba membawakan watak yang diberikan sebaik mungkin, Janna Nick juga sedar bahawa dia perlu menitik beratkan beberapa perkara agar dapat diterima di kalangan produksi yang sudah ada nama dan berpengalaman luas dalam bidang ini.
“Saya sedar, sebagai orang baru, saya perlu menjaga banyak perkara seperti cuba deliver watak yang diberikan dengan sebaik mungkin, memberikan seratus peratus komitmen terhadap kerja dan datang ke lokasi penggambaran tepat pada waktunya.
“Saya sedaya upaya mengelak daripada menimbulkan masalah kepada pihak produksi. Ya lah, kita kan bekerja sebagai satu team jadi dengan cara ini, saya rasa lebih mudah untuk menyesuaikan diri dengan team produksi yang ada banyak pengalaman ini,” ujarnya.
Bekas pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) ini turut mengakui yang lakonannya dalam Syurga Nur menguji kebolehannya sebagai pelakon.
“Sebelum ini, watak-watak yang saya pegang lebih rileks kerana drama-drama saya dulu semuanya cerita komedi.
“Tetapi untuk Syurga Nur, saya perlu mengeluarkan emosi dalaman saya. Mulanya, sukar juga tapi apabila Kak Sheila banyak bombing saya macam mana nak keluarkan emosi itu, barulah saya lebih berkeyakinan memegang watak ini,” jelasnya.
Karier lakonan aktres berdarah kacukan Cina, Pakistan dan Thai ini bermula selepas dia menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mana dia muncul sebagai pelakon tambahan dalam drama Cinta Vlog.
Kemudiannya dia tidak terlibat dengan sebarang aktiviti lakonan apabila mengikuti pengajian asas di sebuah kolej selama setahun.
Tahun lalu, barulah Janna Nick kembali aktif yang mana dia telah muncul dalam beberapa drama seperti Jodoh, Jodoh 2, Abang Sado Jemur Kain dan Puasa Oh Puasa 2.
Beberapa hari lalu, Janna Nick baru selesai menjalani penggambaran drama Isteriku Miss Sally bersama aktor Hafreez Adam.
(Foto: Norazlina Othman)
- Lagi info menarik di Mangga Online