Dua tahun selepas putus cinta dengan Pekin, Uqasha Senrose dilihat rapat dengan beberapa aktor popular lain. Sebelum ini, Uqasha dikataka...

10:36 PM by Unknown
Dua tahun selepas putus cinta dengan Pekin, Uqasha Senrose dilihat rapat dengan beberapa aktor popular lain.

Sebelum ini, Uqasha dikatakan rapat dengan Syafiq Kyle. Akhir-akhir ini, Uqasha sering dilihat bersama Iqram Dinzly pula.

Malah, semasa menyambut ulang tahun kelahiran Qi Razali iaitu kekasih kepada adiknya, Nelydia Senrose, beberapa hari lalu, Uqasha dilihat bergambar mesra dengan Iqram Dinzly.

Foto mereka berdua turut dimuat naik dalam akaun laman sosial media, Instagram masing-masing.

Kemesraan yang digambarkan dalam foto-foto berkenaan telah menimbulkan tanda tanya mengenai hubungan kedua-dua pelakon ini.

Bahkan, sudah heboh kononnya Uqasha kini sedang bercinta dengan Iqram.

Apa komen Uqasha?

“Sha berkawan tapi belum tahap bercinta, Kak,” kata Uqasha yang lebih mesra membahasakan dirinya sebagai Sha sewaktu bercakap kepada Mangga Online.

Menurut aktres jelita ini, dia masih terkesan dengan kegagalan cintanya sebelum ini.

“Sha belum sedia untuk sebarang komitmen lagi, Kak. Sha mahu berkawan dulu.

“Sha mahu belajar daripada pengalaman lalu. Apa yang salah dan silap serta yang mana baik dan buruk semasa hubungan dulu akan Sha jadikan panduan,” ujarnya lagi.

Serik. Apabila ditanya, apakah hubungan cinta sebelum ini yang terjalin selama setahun lebih tetapi kecundang sebelum ada sebarang ikatan rasmi, membuatkan dia serik untuk serius dengan seseorang lelaki, Uqasha memberikan jawapannya.

“Nak kata serik… Tak lah sampai serik untuk bercinta lagi. Walaupun masa mula-mula putus cinta tu, Sha rasa macam insaf jugalah dan rasa macam tak nak bercinta lagi tetapi lama-kelamaan Sha mulai terima hakikat bahawa mungkin ada kebaikan di sebalik apa yang berlaku,” jelasnya.

Menurut gadis yang keluarganya berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang ini, kerjaya adalah komitmen utamanya sekarang.

“Sha nak fokus kepada karier sekarang ini. Sha nak perbaiki lakonan Sha dan cuba naikkan nama Sha dalam industri ini,” katanya yang mempunyai jadual kerja yang sangat padat.

Ketika ini, lakonan Uqasha dapat ditonton menerusi drama bersiri Pengembaraan Jason Murad yang disiarkan pada setiap Khamis, jam 8.30 malam di TV9.

Dia juga baru selesai menjalani penggambaran telemovie RTM iaitu Kabus Di Lembah yang membawa Uqasha masuk ke kampung orang asli.

Uqasha juga sudah menyelesaikan penggambarannya bersama Shah Iskandar untuk telemovie 3 Hari 7 Likur.

Selain itu, Uqasha juga bakal muncul sebagai artis undangan dalam program komedi Super Spontan All Stars yang akan disiarkan di Astro.

Sempena musim kemerdekaan nanti, lakonan Uqasha juga bakal ditonton menerusi telemovie khas Hari Kemerdekaan iaitu Tok Samad Vespa. Telemovie siaran TV9 ini turut dibintangi oleh Datuk Jalaluddin Hassan.

(Foto: Syafiq Affendy)

- Lagi info menarik di Mangga Online