Sekarang ini Maya Karin sedang hangat dengan filem Nota yang sedang ditayangkan di pawagam. Selepas ini sebuah lagi filem lakonannya akan m...

10:31 PM by Unknown
Sekarang ini Maya Karin sedang hangat dengan filem Nota yang sedang ditayangkan di pawagam. Selepas ini sebuah lagi filem lakonannya akan menemui penonton.

Selepas tiga tahun disiapkan, filem Jwanita bakal ditayangkan tidak lama lagi. Filem seram dan thriller itu mendapat klasifikasi 18.

Maya suka watak berlainan. Adakah Maya Karin takut dengan situasi itu? Yalah kalau dah klasifikasi 18, bermakna tak adalah peluang keluarga keluar menonton bersama anak anak. Sasaran kini menjurus ke arah golongan muda mudi.

“Saya tak kisah dan tak pernah fikir pun pasal klasifikasi sama ada 13, 18 atau umum. Bagi saya filem itu biarlah dihasilkan sebagai sebuah filem.

“Tak perlulah difikirkan sama ada mahu hasilkan filem untuk tayangan umum, 13 tahun ke atas atau 18 tahun ke atas. Kalau dah macam itu corak filemnya… macam itulah.

“Nampaknya too bad untuk penonton belum cukup umur 18 (untuk menonton Jwanita). Kena tunggulah beberapa tahun lagi untuk menontonnya,” kata Maya ketika ditemui pada majlis pratonton filem tersebut baru-baru ini.

Maya terpaksa mengadakan promosi awal untuk filem itu kerana dia sudah menempah tiket ke luar negara bagi menghadiri majlis adiknya semasa pihak produksi memulakan plan promosi, termasuk tayangan Malam Gala nanti.

Jwanita arahan Osman Ali itu mengisahkan Jwanita, seorang kanak-kanak bermasalah  yang dibesarkan bersama adiknya di rumah anak yatim. Adiknya kemudian dibawa oleh saudara mereka dan meninggalkan Jwanita.

Jwanita kemudian melarikan diri daripada rumah anak yatim dan diculik pula oleh seorang dukun yang mengamalkan ilmu hitam. Dia juga menjadi ganas dan membunuh untuk mendapat kepuasan termasuk meminum darah.

Bila terlibat dalam kemalangan, Jwanita dirawat oleh doktor yang kebetulan suami kepada adiknya, Julaika.

Maya bawa watak ganas. Bila dibawa tinggal di rumah adiknya, Jwanita semakin berbahaya kerana ilmu hitam dan jiwa kacaunya bila dia cemburu melihat kebahagiaan adiknya. Jwanita kemudian menggila dan mahu menghapuskan semua orang dalam rumah itu dengan ilmu hitamnya.

Turut berlakon, Bront Palarae, Christina Suzanne, Marsha Milan dan ramai lagi.

- lagi info menari di mangga online