Tauhu adalah makanan yang berasal dari negara China. Makanan ini juga dikenali dengan pelbagai nama di Asia. Malah, ada yang menyebutnya to...

10:26 PM by Unknown

Tauhu adalah makanan yang berasal dari negara China. Makanan ini juga dikenali dengan pelbagai nama di Asia. Malah, ada yang menyebutnya tofu, orang Indonesia, Malaysia dan Thailand lebih suka menyebut tauhu.



Tauhu merupakan sumber protein yang sangat bermanfaat untuk kesihatan. Kandungan protein yang tinggi pada tauhu juga boleh dimanfaatkan untuk menjauhkan segala macam penyakit berbahaya. Tauhu dibuat dengan mengentalkan sari soya menggunakan garam mineral (biasanya kalsium sulfat). Sari soya inilah yang membuat tauhu kaya dengan manfaat kesihatan.

Bukan itu sahaja, sebelum ini penyanyi Kpop, 2AM Changmin berkongsi rahsia mendapatkan tubuh badan ideal dengan mengamalkan makan dua blok tauhu setiap hari.

1. Meningkatkan pengeluaran tenaga


Tauhu merupakan sumber zat besi yang baik. Tiap 100 gram tahu menyediakan 30% daripada yang diperlukan badan per hari. Zat besi dalam tauhu ini bersatu dengan hemoglobin di dalam badan yang membantu proses pemulihan dan pelepasan oksigen ke seluruh tubuh yang kemudian menghasilkan tenaga baru. Mineral ini diperlukan tubuh agar zat besi boleh bekerja baik di dalam sel darah merah.

2. Mencegah penyakit jantung


Pelbagai kajian dalam beberapa tahun terakhir telah menunjukkan bahawa pengambilan rutin protein soya yang terkandung dalam tauhu dapat membantu menurunkan LDL (kolesterol buruk) tanpa menurunkan HDL (kolesterol baik) yang menyebabkan penurunan risiko penyakit jantung.

3. Membantu menurunkan berat badan


Tinggi protein membuat perut tidak cepat merasa lapar. Juga, sifat rendah kalori (kira-kira 80 kalori dalam 100 gram) tidak menambah kalori tambahan untuk menu diet anda.

4. Mencegah osteoporosis


Tauhu juga boleh menjadi sumber yang kaya kalsium bergantung pada penggunaan dalam pembuatan (seperti kalsium sulfat yang digunakan oleh pengeluar tauhu). Hal ini membantu melindungi penyakit seperti kelemahan tulang, rheumatoid arthritis dan osteoporosis. Penyelidikan baru juga menunjukkan bahawa isoflavon dalam makanan soya boleh mengukuhkan ketumpatan (kepadatan tulang). Ini boleh membuat tauhu berguna dalam menangkis penyakit tulang pada wanita post menopause.

5. Masalah rambut gugur


Rambut memerlukan banyak protein kerana hampir 97% pertumbuhan rambut datang dari protein. Jika tubuh badan anda kekurangan protein, maka tubuh anda akan mengambil protein dari sumber yang lain, salah satunya adalah rambut anda. Tidak hairan jika rambut mudah patah, kering dan gugur. Kerana itu sangat disarankan pengambilan protein yang mencukupi setiap hari. Tubuh anda memerlukan protein untuk pertumbuhan semula, maka jangan abaikan nutrisi ini.

6. Anti-penuaan


Manfaat lain dari makan tauhu kerap ialah ia melambatkan proses penuaan dengan ketara. Tauhu membantu mengekalkan keanjalan kulit dan nada otot muka yang seterusnya menghalang penuaan. Membuat pes tauhu dan diletakkan pada muka juga merupakan idea yang baik kerana ia menyuburkan kulit.

Sumber : 1 & 2 | Wanista :