Objektif tayangan amal tersebut untuk mengumpul tabung WHAM serta untuk disalurkan sebahagiannya kepada mangsa banjir di beberapa buah negeri di Malaysia. Komuniti hiburan juga terpanggil untuk sama-sama menghulurkan tangan bagi membantu mangsa banjir.
WHAM yang dibentuk pada 2002 kini dibarisi jawatankuasa baru selepas pemilihan hujung 2014 lalu semakin aktif dengan pelbagai aktiviti. Antara aktiviti awal yang diusahakan oleh WHAM ialah menyumbang keperluan asas dan makanan kepada mangsa banjir dengan kerjasama beberapa orang artis dan pihak lain hujung tahun lalu.
“Kali ini kami juga mahu menggerakkan bantuan kepada mangsa secara langsung melalui kutipan daripada tayangan amal perdana ini. Kami harap ia mendapat sambutan daripada pihak yang prihatin,” kata Presiden WHAM, Tengku Khalidah Tengku Bidin.
Dalam pada itu, WHAM turut berterima kasih kepada pihak RK Screen dan Suhan Movies & Trading khususnya Datuk Rosyam Nor yang memberi kerjasama sepenuhnya untuk menjayakan tayangan amal perdana yang akan diadakan dua minggu lebih awal daripada tayangan filem tersebut di pawagam seluruh negara.
Filem Isyarat Cinta yang mengisahkan percintaan pasangan buta can bisu itu lakonan Adi Putra, Liyana Jasmay dan Fizo Omar itu akan ditayangkan kepada umum mulai 19 Mac 2015.
| Sumber |

