SELEPAS melalui badai, ternyata jodoh Zamarul Hisham dan isterinya Diana Rafar masih kuat. Malah Aida percaya berita penyatuan semula mereka sebagai suami isteri adalah antara berita terbaik minggu lalu. Mungkin sebagai orang luar yang hanya mampu melihat, Aida hanya dapat berharap agar peluang kedua ini dapat digunakan sebaik mungkin buat mereka. Bercakap soal kegembiraan tentunya, bukan Diana dan Zamarul sahaja yang merasai keadaan itu, kerana Aida percaya seluruh ahli keluarga mereka turut meraikan berita baik ini.
Tetapi melihat kembali laman Instagram milik Diana, hati Aida kembali tertanya di mana Linda, yang juga kakak kepada Diana.
Daripada cara perkongsian di laman sosial itu nampaknya seperti sudah agak lama tidak melihat mereka bersama. Soalnya sebelum ini, Diana dan Linda cukup rapat. Malah ke mana-mana juga sering bersama.
Adalah normal dalam keadaan Diana kini, tentunya dia memilih Linda untuk menjadi bahu bersandar buat dirinya berkongsi masalah. Cuma melihat keadaan itu, Aida tidak rasanya ia berlaku seperti yang Aida jangka.
Aida tidak nafikan ada terdengar kisah dua beradik ini, yang khabarnya mengalami salah faham. Sejauh mana kebenarannya Aida tidak pasti. Cuma melihat laman Instagram milik kedua mereka nampaknya seperti mengiyakan keadaan yang berlaku.
Katanya, ada salah seorang daripada adik-beradik itu terasa hati dengan perubahan yang berlaku.
Jika dahulu mudah untuk ke mana-mana, kini tidak lagi. Jika benar itu yang berlaku Aida harap salah faham ini tidak berpanjangan.
Sebagai antara pasangan adik-beradik tentunya Linda dan Diana sendiri mempunyai cara terbaik untuk mengatasi permasalahan yang timbul.
Aida tidak nafikan juga dengan satu demi satu dugaan yang dihadapi kedua mereka mungkin memuncakkan tekanan yang ada.
Mungkin perselisihan yang timbul ini juga muncul sebagai tanda untuk mereka berdua mengeratkan lagi hubungan. Kalau benar berselisih faham, Aida harap Linda dan Diana tidak mengambil masa yang lama untuk membetulkan kembali keadaan.
- Utusan Online