KOTA KINABALU, Ahad – Seorang remaja berusia 17 tahun meninggal dunia selepas secara tidak sengaja ditikam dengan keris ketika mengadakan...

10:14 PM by Unknown
KOTA KINABALU, Ahad – Seorang remaja berusia 17 tahun meninggal dunia selepas secara tidak sengaja ditikam dengan keris ketika mengadakan persembahan silat pada sebuah majlis kenduri kahwin di Labuan, semalam.
Mohd Amil Zulkarnain dikatakan sedang menunjukkan persembahan silat bersama sepupunya yang juga berusia 17 tahun berserta beberapa pesilat lain ketika kejadian di Kampung Patau-Patau pada waktu tengah hari.
Pemangku Ketua Polis Labuan, Seputi Superintendan Mohd Ibrahim Mohd Ghani berkata, siasatan mendapati Mohd Amil meninggal dunia kerana cedera akibat tusukan pada hati menggunakan sebilah keris ketika pertunjukan itu.
“Kami percaya sepupunya tersalah langkah dan secara tidak sengaja tertikam Mohd Amil ketika pertunjukan di majlis kenduri kahwin keluarga mereka,” katanya.
Mohd Amil dilaporkan meninggal dunia ketika menerima rawatan kecemasan kira-kira jam 1.30 tengah hari.
Suspek turut ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian akibat kecuaian.


Dipetik dari : ismaweb.net

Saksikan video kejadian tersebut