Pemilik 5280 kereta jenis Proton Inspira yang dikeluarkan pada September 2010 sehingga Mei 2011 diminta menghubungi Pusat Servis Pr...

10:12 PM by Unknown

Pemilik 5280 kereta jenis Proton Inspira yang dikeluarkan pada September 2010 sehingga Mei 2011 diminta menghubungi Pusat Servis Proton berdekatan untuk tujuan pemeriksaan secara percuma.

Arahan itu dikeluarkan Proton Holdings Berhad susulan kempen pemeriksaan percuma dan pembaikkan melibatkan beberapa komponen kenderaan jenis itu termasuk jalur V dan sistem rangsangan brek bagi yang menggunakan enjin jenis Mitsubishi.

Beberapa komponen lain termasuk penarik pemacu enjin juga memerlukan pemeriksaan kerana ia boleh menyebabkan kerosakkan kepada unit lain serta menyebabkan enjin terlalu panas.


FB Buletin TV3