Pelakon Fauziah Datuk Ahmad Daud, 53, atau lebih dikenali dengan panggilan Ogy menyatakan bahawa kebanyakan artis baharu pada masa kini hanya mementingkan populariti berbanding berusaha untuk menghayati watak mereka dalam bidang seni lakonan.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis sempena sambutan tiga dekad majalah Media Hiburan di Hotel Pullman Kuala Lumpur, Bangsar, di sini Selasa.
Katanya, pelakon hari ini cuma tahu berlakon sahaja tanpa mahu menghayati watak yang diberikan agar watak tersebut dapat memberi kesan kepada penonton.
"Kebanyakan pelakon hari ini cuma tahu berlakon sahaja tetapi mereka tidak tahu untuk menghayati watak yang diberikan agar watak tersebut dapat memberi kesan kepada penonton.
“Saya tidak menafikan kita memerlukan pelapis baru dalam industri ini tetapi mereka harus pergi ke kelas lakonan untuk memantapkan lagi penghayatan mengenai watak yang dibawa serta menambah ilmu lakonan mereka," katanya kepada mStar Online.
Ogy menyatakan bahawa teguran tersebut bukanlah bertujuan membenci mereka tetapi sayang dengan bakat yang ada pada mereka kerana sebenarnya mereka mempunyai bakat yang besar untuk diketengahkan.
Tegasnya lagi "Sesorang artis itu perlu mempunyai ilmu dan mereka harus merujuk kepada artis lama yang berbakat besar untuk belajar mengenai cara lakonan yang betul supaya ia dapat meningkatkan mutu lakonan mereka," ujarnya.
- Sumber mStar