"Rasa terkilan", itulah kenyataan Farid apabila pihak media bertanyakan isu berkaitan tentang isu isterinya Diana Danielle berfot...

12:34 AM by Unknown
"Rasa terkilan", itulah kenyataan Farid apabila pihak media bertanyakan isu berkaitan tentang isu isterinya Diana Danielle berfoto seksi untuk majalah Esquire.

Namun persoalan ini tidak mahu dipanjangkan dan Farid juga menyatakan yang dia tiada hak untuk memberikan penjelasan berkaitan isu tersebut.

"Sejujurnya saya tak mempunyai sebarang komen pasal gambar tersebut. Apa yang pasti soalan-soalan itu sepatutnya ditanya kepada pihak pengurusan Diana, ProKuyaStudios.

“Jika saya menjawab soalan-soalan itu daripada sudut pandang seorang suami, bermakna saya sudah mencampuradukkan soal peribadi dan karier. Kalau boleh saya mahu elakkan perkara tersebut berlaku,” 

Dalam pada itu Diana Danielle mengambil langkah mengunci mulut dan tidak menjawab sebarang pertanyaan yang diajukan kepadanya. Tiada sebarang respons yang diberikan. Usaha untuk mendapatkan maklumbalas daripada Fadzil Zahari yang merupakan pengurus Diana Danielle juga tidak berhasil.

- Sumber: beautifulnara dan Mangga Online