Nama Aamir Khan bukan lagi asing dalam dunia perfileman Bollywood. Baru sahaja menyambut harijadinya yang ke-50 pada 14 Mac yang lalu, akt...

10:08 AM by Unknown

Nama Aamir Khan bukan lagi asing dalam dunia perfileman Bollywood. Baru sahaja menyambut harijadinya yang ke-50 pada 14 Mac yang lalu, aktor kelahiran Mumbai ini tidak terlepas daripada mencetuskan pelbagai kontroversi artis Bollywood di India.


Sebagai seorang yang mementingkan kesempurnaan dalam semua aspek, tidak hairan lakonan Aamir sentiasa menerima pujian hebat oleh umum.



Namun terdapat beberapa kontroversi atau skandal yang dicetuskan oleh Aamir sendiri sehingga memberi impak kepada hubungan dengan bintang ternama Bollywood yang lain.



Berikut  6 masalah yang ditimbulkan oleh Aamir Khan Sendiri:



Perang Dengan Amitabh Bachchan



Aamir Khan tanpa berselindung menyatakan bahawa lakonan dan tarian oleh Amitabh Bachcan menerusi filem Black sesuatu yang menjengkelkan dan dia tidak suka dengan apa yang dilakukan oleh bintang yang disapa dengan nama Big D.



Kenyataan Aamir Khan disambut dingin oleh Amitabh Bachchan dan sehingga kini masih tidak bertegur sapa.



Sikap Curang Dengan Aktres Bollywood



Bukan hanya sekali Aamir Khan dituduh curang terhadap bekas isterinya, Reena Dutta. Dahulu dia pernah dikhabarkan menjalinkan hubungan cinta dengan seorang wanita Inggeris dan mempunyai seorang anak.



Selain itu, Aamir dituduh pernah bercinta dengan Preity Zinta dan Pooja Bhatt dan semuanya hubungan istimewa ini berlaku saat dia dan Reena masih sah bergelar suami dan isteri.



Perang Dengan Adiknya



Semua tahu hubungan Aamir Khan dengan adiknya, Faisal Khan sehingga kini kurang baik. Mereka dikhabarkan pernah bergaduh di khalayak ramai kerana sikap Aamir yang bersikap kurang sopan terhadap Faisal.



Faisal mendakwa Aamir sering menuduh dirinya seorang yang sakit mental dan terpaksa bergantung dengan pelbagai ubat-ubatan sejak bertahun dahulu. Kesal dengan tuduhan tersebut, akhirnya Faisal mengambil keputusan untuk tidak tinggal serumah dengan Aamir.



Namakan Anjingnya Shah Rukh



Dunia Bollywood kecoh apabila Aamir Khan pernah memberi kenyataan bahawa kakinya pernah dijilat oleh Shah Rukh. Kenyataan tersebut membuatkan hubungan Shah Rukh Khan dan Aamir menjadi tegang.



Namun kemudian Aamir menjelaskan Shah Rukh yang dimaksudkan adalah seekor anjing yang dipeliharanya. Hubungan panas mereka akhirnya semakin baik dan mula bertegur sapa setelah bertahun lama bermusuhan.



Telajang di Poster Filem PK



Aamir Khan sering buat peminatnya terkesima menerusi karakter yang dibawa dalam filemnya. Namun baru-baru ini dia dikecam selepas tampil bogel dalam poster filem terbarunya, PK.



Tidak hanya poster, filem tersebut turut menimbulkan kontroversi mengenai isu agama walaupun ianya mendapat hasil kutipan yang luar biasa.



Perang Dengan Pengarah Filem



Tidak terlepas, Aamir Khan turut pernah berperang dengan pengarah, Sanjay Leela Bhansali yang mengarahkan filem Black kerana terang-terangan mengutuk filem tersebut.



Malah Aamir juga turut berselisih pendapat dengan beberapa pengarah filem di Bollywood sehingga nama kerap di senarai hitam oleh mereka.