Semalam, kecoh apabila seorang lelaki memalui akaun Twitternya telah membuat pendedahan bahawa wak doyok pernah melakukan aktiviti songsang dan ini amat mengejutkan banyak pihak sama ada mahu atau tidak untuk mempercayai kenyataan tersebut.
Namun tiada siapa yang tahu sejauh mana kebenaran kenyataan tersebut, boleh jadi fitnah semata untuk menjatuhkan nama Wak Doyok yang kini dikenali ramai.
“Saya sendiri tidak tahu siapa orang berkenaan yang telah menulis benda-benda macam itu mengenai saya di Twitter.
“Ia adalah fitnah dan saya akan buat laporan polis,” katanya kepada Mangga Online, malam tadi.
Wak Doyok ditemui semasa menghadiri Malam #TV9 Tahun, sempena ulang tahun kesembilan TV9 di Hotel The Royale Chulan Damansara, Selangor.
Tidak dinafikan tuduhan negatif tersebut menyebabkan Wak Doyok merasa tertekan sehingga hampir membuatkan dia tidak mahu menghadiri majlis tersebut.
Menurutnya lagi, individu yang menyebarkan cerita negatif tentangnya di Twitter itu pernah menulis perkara tidak elok mengenai selebriti lain menerusi laman media sosial yang sama sebelum ini.
“Bagi saya, budak ini hendakkan perhatian. Mungkin dia hendakkan populariti untuk dirinya. Tetapi cara ini boleh meninggalkan kesan tidak elok kepada orang lain.
“Saya lebih tertekan apabila membaca tulisan orang yang memberi komen sehingga ada di antaranya yang lebih teruk daripada orang yang menulis Twitter berkenaan.
“Saya harap, jika seseorang itu hendak buat sesuatu, fikir dulu kesannya kepada orang lain,” tegasnya.
- Sumber ManggaOnline

Tertekan dengan tindakan tuduhan tersebut melalui laman web manggaonline Wak Doyok tampil memberi kenyataan bahawa tuduhan yang dianggap memfitnah dirinya itu dipandang serius oleh Wak Doyok. Justeru, dia bercadang membuat laporan polis.