Foto Ilustrasi KAJANG: Seorang pesakit mental dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, pada  Selasa 20 Januari atas pertuduhan membunuh...

7:15 AM by Unknown
Foto Ilustrasi
KAJANG: Seorang pesakit mental dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, pada  Selasa 20 Januari atas pertuduhan membunuh ibunya minggu lalu.

Koh Fong Thiam, 36, dituduh membunuh ibunya, Koh Po Ying, 76, di rumah di Taman Awana Cheras, Batu 9, Cheras, 10.05 pagi, 13 Jan lalu.

Tertuduh yang berbaju kemeja-t tanpa lengan mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Abdul Jalil Salam Muhamad

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 20 April depan untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan perubatan dan forensik siap.

Peguam Anuar Raof yang mewakili Koh memaklumkan kepada mahkamah bahawa anak guamnya itu merupakan pesakit mental sejak 15 tahun lalu dan beliau juga mengemukakan salinan kad rawatan susulan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) bertarikh 26 Jan ini.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya S Abirami.

| Bernama |