Dalam sebuah kenyataan Fasha Sandha mengakui bahawa dia amat senang dan selesa berkerjasama dengan pelakon cilik, Puteri Balqis Azizi yang mendukung watak anaknya dalam telefilem, "Hidupku, Solatku, Matiku" yang baru selesai penggambarannya.
Fasha ditemui selepas majlis sambutan hari lahir anaknya yang ke dua tahun iaitu Putra Rayfal Ramli di Kelab Polo DiRaja Selangor, Ampang Hilir, Selangor, lewat petang kelmarin. Turut hadir ke majlis Birthday Party tersebut ialah pelakon cilik Puteri Balqis Azizi.
Menurutnya kebanyakan anak-kanak sekarang tidak begitu menghormati orang tua dan ini termasuklah juga pelakon kanak-kanak.
“Kebanyakan sekarang, budak-budak kecil tidak begitu menghormati orang tua.
“Begitu juga pelakon kanak-kanak. Ada yang datang ke set (lokasi penggambaran) dengan kekwatnya (sombong) mengalahkan diva.
“Ada juga yang bukan sahaja tidak berbaik-baik dengan krew produksi, malah tidak menghormati krew yang jauh lebih tua daripada mereka,” kata Fasha Sandha kepada Mangga Online.
Menurutnya lagi, berbeza dengan pelakon cilik, Puteri Balqis walaupun sudah mendapat award, namun dia tidak sombong semasa di lokasi penggambaran. Sikapnya yang baik dan bijak serta mempunyai bakat yang besar dan juga cepat mesra membuatkan Fasha begitu selesa dan mesra berlakon bersama dengannya.
“Walaupun Puteri Balqis sudah dapat award, tapi dia tidak sombong.
“Dia juga menghormati orang tua dan berbaik-baik dengan krew semasa di lokasi penggambaran.
“Bagi saya, Puteri Balqis ini adalah seorang yang baik dan bijak. Dia juga seorang pelakon yang sangat berbakat,” ujarnya.
- Sumber ManggaOnline

Dalam pada itu Fasha Sandha juga menegur sikap sesetengah pelakon, bukan sahaja melibatkan pelakon dewasa malahan juga turut berlaku kepada pelakon kanak-kanak yang bersikap sombong terutamanya dengan krew produksi semasa di belakang kamera dan ini dialami sendiri oleh Fasha.