Filem Pilot Café arahan Osman Ali, yang turut dibintangi oleh Pelakon Neelofa, Fahrin Ahmad, Izara Aishah, Remy Ishak dan ramai lagi bakal ditayangkan pada 30 April 2015 ini.
Namun timbul pula isu Pelakon Neeolofa apabila dia memuat naik poster filem tersebut dilaman instagramnya dimana Neelofa tidak berhijab dan perkara ini mungkin mengejutkan para peminatnya kerana secara jelasnya Neelofa yang dikenali kini sememangnya menjaga batas dan auratnya itu.
Dalam pada itu, Neelofa tampil memberi penjelasan berhubung isu tersebut semasa majlis tayangan filem Pilot Café kelmarin.
Menurutnya lagi, tidak adil bagi seseorang itu untuk menghukum orang lain, sebagai manusia biasa seseorang itu tidak pernah lari daripada melakukan kesilapan.
- Sumber RotiKaya

“Bila saya memuat naik poster filem ke Instagram saya, ada peminat yang bercakap kenapa nak letak gambar saya yang tak bertudung di situ. Hari ini saya akan jelaskan yang pertama ialah penggambaran filem Pilot Café dijalankan pada tahun 2013″
“Manakala yang kedua filem ini juga melibatkan banyak pihak & yang ketiga saya bersyukur filem ini keluar sekarang, sebab orang boleh tengok saya di dua sisi yang berbeza,” katanya.
Menurutnya lagi, tidak adil bagi seseorang itu untuk menghukum orang lain, sebagai manusia biasa seseorang itu tidak pernah lari daripada melakukan kesilapan.
“Dua tahun lepas saya cukup berbeza dengan yang sekarang ini dan sebagai manusia biasa yang selalu melakukan kesilapan tidak adil untuk orang itu mengkritik, menghukum atau menghakimi sesiapa. Sesiapa sahaja boleh berubah bila-bila masa sahaja”
“Untuk peminat-peminat semua kalau saya boleh edit perkara yang lepas sudah tentu saya akan lakukannya sekarang. Apa yang boleh saya lakukan sekarang ialah belajar daripada pengalaman yang lepas,” tambahnya.
- Sumber RotiKaya