Sebuah pesawat penerbangan Air Asia X D7172 ke Jeddah selamat mendarat di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA2) selepas dilaporkan mengha...

11:51 PM by Unknown

Sebuah pesawat penerbangan Air Asia X D7172 ke Jeddah selamat mendarat di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA2) selepas dilaporkan menghadapi masalah teknikal petang tadi.

Pesawat dari Kuala Lumpur itu terpaksa berlegar di ruang udara Selat Melaka kira-kira empat jam untuk membuang minyak dari tangki pesawat sebelum selamat mendarat.


“Auto-thrust tidak berfungsi dengan baik. Sebenarnya ia boleh untuk terbang tetapi kita hanya mahu pesawat itu berpatah balik,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Tony Fernandes kepada AFP.

Dalam satu mesej teks kepada AFP Tony menyifatkan kejadian itu sebagai “masalah kecil “. Sementara itu , Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai menerusi akaun Twitternya berkata pesawat itu mempunyai masalah teknikal yang menyebab pesawat itu terpaksa membuat beberapa pusingan udara di Selat Melaka. (8/2/2015)

| Astro Awani |