Setelah 14 tahun membawa haluan masing-masing, kini anggota kumpulan Mega bersatu kembali dan akan membuat kemunculan semula dengan nama baru iaitu Mega 2015.
Bahkan, kumpulan Mega 2015 juga bakal mencatat rekod dalam The Malaysia Book of Records menerusi salah satu aktiviti yang akan diadakan sempena kemunculan semula kumpulan rock yang popular sekitar tahun 90-an ini.
Menurut ketua kumpulan Mega 2015, Adi, dia bersama empat lagi anggota asal Mega iaitu Joey, Lomak, Sam dan Adan bergabung kembali untuk menghidupkan semula kumpulan yang sudah lama menyepi.
“Kami berempat adalah anggota asal Mega. Bagaimanapun bersesuaian dengan nama baru Mega iaitu Mega 2015 maka kami memperkenalkan vokalis baru iaitu Sham yang dulu merupakan vokalis kumpulan Dimensi,” kata Adi kepada Mangga Online.
Kumpulan Mega 2015 ditemui Mangga Online dalam majlis berbuka puasa mereka bersama kumpulan bikers Tebuan Desa serta anak-anak yatim.
Majlis tersebut berlangsung di Kelab Golf Darul Ehsan, Ampang, Selangor, baru-baru ini.
Bakal Catat Sejarah
Kumpulan Mega 2015 bakal mencatat sejarah apabila mereka menjadi kumpulan rock pertama di Malaysia yang akan mengadakan konsert bersama 1,000 orang bikers.
Kejayaan itu akan direkodkan dalam The Malaysia Book of Records.
Menurut Sham, anggota terbaru yang juga vokalis Mega 2015, konsert itu merupakan satu daripada aktiviti utama kumpulan yang baru membuat kemunculan semula ini.
“Seramai 1,000 bikers yang terdiri daripada penunggang pelbagai motosikal sama ada yang berkuasa tinggi mahupun motosikal biasa dijangka berkumpul untuk menonton konsert Mega 2015.
“Konsert Mega 2015 ini akan diadakan di Bera, Pahang, pada September nanti,” ujar Sham mengenai projek kumpulan itu yang sedang dalam proses pelaksanaan.
Semasa konsert itu juga, Mega 2015 akan melancarkan album terbaru mereka yang ketika ini masih dalam proses rakaman.
“Tujuan kami mengadakan konsert ini adalah untuk melancarkan album terbaru Mega 2015 bersama-sama para peminat yang setia menyokong kumpulan Mega selama ini.
“Di samping itu, kami juga berusaha untuk menjalinkan ukhuwah bersama para peminat terutamanya di kalangan 1,000 bikers dari seluruh tanah air yang akan berkumpul di Bera ketika itu.
“Secara tidak langsung, kami cuba untuk menarik minat anak-anak muda yang suka berlumba haram sebelum ini supaya beralih kepada bidang muzik pula,” jelas Sham lagi.
Tercabar Dan Dicabar
Menyentuh tentang kemunculan semula kumpulan Mega, Adi pula memberitahu yang anggota-anggota asal kumpulan itu merasa tercabar apabila melihat senario rock tanah air yang sudah mendapat tempat kembali di kalangan penggemar muzik genre tersebut.
Mereka juga ‘dicabar’ oleh peminat setia yang mahu melihat kumpula Mega kembali beraksi setelah sekian lama menyepi.
Kali terakhir Mega melahirkan album ialah sekitar 2001.
Mega yang ditubuhkan pada 8 Ogos 1988 di Johor Bahru ini pernah popular dengan lagu-lagu seperti Sekuntum Bunga Sakura Di Gurun Sahara (1988), Takdir Dan Waktu (1991), Bayangan Gurauan (1993) dan Nina Karina (2000).
“Selepas Mega menyepi, kami membawa haluan masing-masing. Ada yang bekerja sendiri dan bermain muzik di kelab.
“Tetapi sekali-sekala kami berganding semula apabila ada undangan membuat persembahan.
“Apabila bertemu Sham yang pernah menganggotai kumpulan Dimensi, kami bersepakat untuk mengaktifkan semula kumpulan Mega.
“Kali ini, kami memilih nama baru iaitu Mega 2015. Selain nama dan vokalis baru, kami juga akan muncul dengan album baru yang akan terbit tidak lama lagi,” ujar Adi.
Sementara itu, sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba, kumpulan Mega 2015 sudahpun merakamkan sebuah lagu raya iaitu Ceria Di Aidilfitri yang dirakamkan istimewa buat peminat kumpulan rock popular ini.
- ManggaOnline