Shah Alam: Selepas 13 minggu berentap, protege Azmil dinobatkan sebagai juara program realiti Mentor Legend yang berlangsung di Sri Pen...

3:57 PM by Unknown

Shah Alam: Selepas 13 minggu berentap, protege Azmil dinobatkan sebagai juara program realiti Mentor Legend yang berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, di sini, malam tadi.

Kemenangan itu sekali gus melayakkan Azmil atau nama sebenar Azmil Karim, 22, bersama mentornya, Dayang Nurfaizah masing-masing membawa pulang sebuah Proton Iriz.

Mereka turut berkongsi wang tunai RM300,000 serta trofi.

Tempat kedua dimenangi Nurul Aina Abdul Ghani (Aina) dan mentornya, Ella yang membawa pulang wang tunai RM200,000.

Tempat ketiga pula disandang Maishara Fazny Mahadzir (Sarah) dan mentor, Amy Search yang menerima wang tunai RM100,000.

| Harian Metro | Oleh Michelle Gun | michellegun@hmetro.com.my