KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan memanggil pihak pengurusan pusat beli-be...

9:31 PM by Unknown

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan memanggil pihak pengurusan pusat beli-belah Suria KLCC minggu depan bagi mendapatkan penjelasan mengenai punca beberapa pemilik premis mendakwa mereka diminta keluar atau berpindah dari premis sedia ada di gedung itu.
Menterinya, Datuk Seri Hasan Malek berkata, tindakan pihak pengurusan Suria KLCC itu, jika benar-benar berlaku, jelas bertentangan dengan hasrat kerajaan untuk mempromosi barangan tempatan di lokasi strategik yang menjadi tumpuan pelancong.
“Saya dukacita dengan apa yang berlaku kerana tahun lepas saya telah mengadakan lawatan ke pusat beli-belah itu termasuk ke premis-premis milik pengusaha tempatan.
“Saya akan berjumpa dengan pengurusan Suria KLCC minggu depan untuk meminta penjelasan kenapa mereka berbuat demikian,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
| Kosmo Online | Oleh MOHD. AFIQ ZULKIFLI | afiq.zulkifli@kosmo.com.my