CANTIK dan berbakat. Itu sudah cukup menggambarkan diri penyanyi yang semakin mendapat tempat di hati pengikut industri hiburan negara, Eli...

3:11 PM by Unknown

CANTIK dan berbakat. Itu sudah cukup menggambarkan diri penyanyi yang semakin mendapat tempat di hati pengikut industri hiburan negara, Elizabeth Tan. Apa yang pasti, perjalanan seni yang mula diteroka Elizabeth hari ini, bukanlah suatu yang pernah terjangkau fikirannya.

Dia tidak pernah menjangkakan lagu Knock Knock nyanyiannya itu benar-benar membawa dirinya sejauh ini. Mana tidaknya, dalam tempoh kurang tiga bulan selepas merakamkan lagu tersebut, naskhah ciptaan komposer Faizal Tahir itu benar-benar menangkap telinga pendengar.

Tidak keterlaluan jika dikatakan, ketika pertama kali mendengar lagu tersebut, ramai yang tertanya-tanya siapakah gerangan pemilik suara lunak itu. Rata-rata pendengar tidak pernah menjangkakan bahawa lagu itu sebenarnya dinyanyikan wanita Cina.

Barangkali, kefasihannya melontarkan bait-bait lirik seperti lidah Melayu itu yang membuatkan telahan pendengar jauh meleset tentang penyanyi sebenar lagu tersebut.

5 Gambar Manis Elizabeth Tan