Pelakon drama bersiri ‘Setitis Kasih Darmia’, Nelydia Senrose enggan memberikan sebarang komen mengenai khabar yang mengatakan dia bakal be...

2:57 PM by Unknown
Pelakon drama bersiri ‘Setitis Kasih Darmia’, Nelydia Senrose enggan memberikan sebarang komen mengenai khabar yang mengatakan dia bakal bertunang dengan kekasih hati, pengacara dan pelakon Qi Razali. Minggu lalu, berita yang mengatakan Qi bakal menghantar rombongan meminang Nelydia heboh diperkatakan di laman sosial.

“Sebagai seorang wanita, molek kiranya saya hanya mendiamkan sahaja perkara ini dan tidak memberikan apa-apa komen lanjut. Berita tersebut bukanlah keluar dari mulut saya dan sebagai wanita, ada baiknya jika saya tidak membincangkan perkara ini,” kata Nelydia.

Mengakui yang berita ini membuatkan dirinya tertekan, dia sebaliknya mahu fokus pada kerjaya dan keluarga.

“Saya akui saya stress disebabkan berita ini. Harus diingat, saya masih mempunyai keluarga. Apabila isu ini timbul, blog-blog hiburan mewar-warkan cerita ini dengan keterlaluan dan sebagai seorang perempuan, ini membuatkan saya tertekan. Ada baiknya jika sekarang saya fokus kepada kerjaya dan keluarga saya.

Mengenai perkhabaran tersebut, lebih baik jika ditanyakan kepada pihak lelaki,” kata Nelydia yang ditemui di majlis Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2015 yang berlangsung Sabtu lalu.

Menerusi gandingannya bersama Sharnaaz Ahmad dalam drama bersiri ‘Setitis Kasih Darmia’, mereka berdua berjaya membawa pulang trofi menerusi kategori Hero & Heroin Pilihan.

“Alhamdulillah, saya sangat gembira dengan kemenangan ini. Apa yang kita semua harapkan nampaknya membuahkan hasil yang berbaloi. Saya sangat berterima kasih kepada penerbit, Kak Ziela Jalil kerana memberi kepercayaan terhadap gandingan saya dengan Sharnaaz.”

Mengulas mengenai adegan mesranya bersama Sharnaaz dalam drama ini yang pada mulanya disalah tafsirkan, Nelydia mengakui perkara itu meninggalkan kesan buat dirinya.

“Bila orang salah tafsir dengan gandingan mesra kami, saya akui situasi jadi sukar dan ianya akan memberikan kesan. Namun begitu, kami lakukan pun atas dasar lakonan sahaja. Sharnaaz seorang pelakon yang berkualiti. Dia seorang yang sangat ‘memberi’ apabila kita bergandingan dengannya. Kami banyak give and take agar kolaborasi kami dalam lakonan menjadi,” katanya mengakhiri bicara.

Wartawan: Kamaruddin Razal
Gambar utama: Nelydia Senrose / Instagram