TIDAK tahu sejauh mana hubungan mereka, tetapi menurut rakan Aida yang melihat kedua pelakon ini di sebuah pusat membeli belah katanya ag...

4:39 PM by Unknown

TIDAK tahu sejauh mana hubungan mereka, tetapi menurut rakan Aida yang melihat kedua pelakon ini di sebuah pusat membeli belah katanya agak romantis.

Romantis macam mana tidak tahulah, tetapi rasanya kalau setakat ketawa dan berjalan bersama itu biasa sahaja. Dua pelakon yang dimaksudkan adalah Amar Baharin dan Amyra Rosli.

Setahu Aida kedua pelakon ini memang rapat. Cuma bab ada hubungan itu tidak pasti lah pula.

Tetapi kalau ada hubungan pun rasanya tidak ada masalah memandangkan kedua mereka juga solo. Tetapi kalau melihat kronologi, Amar mudah baik dengan rakan pelakon wanita kalau berlakon bersama.

Mungkin ini juga cara Amar mewujudkan keserasian di antara dia dan pelakon wanita tersebut. Kalau lihat sebelum ini juga Amar rapat dengan Izreen Azminda, sampai orang kata bercintalah.

Sewaktu itu kasihan Aida melihat Izreen dan Amar mati-mati menolak mereka ada hubungan, akhirnya kebenaran terserlah juga apabila kini mereka juga tidak lagi serapat mana.

Jadi, jika tidak silap Aida mungkin Amar hanya rapat dengan Amyra kerana bekerja bersama. Biasalah keluar bersama mungkin ada yang melihat itu sebagai acara ritual pasangan kekasih.
Tetapi dalam bab ini Aida tidak fikir mereka perlu menyembunyikan pun perasaan mereka.

Kalau benar ada hubungan pasti Amyra sendiri akan beritahu, sebabnya mengenali Amyra dia sangat jujur dengan pilihan hatinya.

| Utusan Online |