Sekadar gambar hiasan Kuala Selangor: Berpuluh-puluh penduduk Kampung Bestari Jaya di sini, kebingungan apabila wang milik mereka ‘le...

4:09 PM by Unknown
Sekadar gambar hiasan

Kuala Selangor: Berpuluh-puluh penduduk Kampung Bestari Jaya di sini, kebingungan apabila wang milik mereka ‘lesap’ dicuri saban malam tanpa ada kesan pecah masuk penjenayah di kediaman mereka.

Suspek didakwa hanya gemar melarikan sebahagian daripada wang milik mangsa manakala selebihnya ditinggalkan begitu sahaja.

Lebih menghairankan apabila wang itu berjaya dihidu penjenayah walaupun disembunyikan di lokasi tersorok seperti di dalam almari, botol plastik, peti sejuk atau di dalam kitab al-Quran.

Sehingga kini berpuluh-puluh kes kecurian aneh itu dilaporkan berlaku sejak sebulan lalu di kawasan kampung bekas lombong bijih timah yang didiami lebih 500 penduduk itu.

Salah seorang mangsa, Muhammad Yusuf Mat Akhir, 64, berkata, kejadian itu sudah berlarutan sejak lebih sebulan lalu hingga menimbulkan keresahan penduduk selain turut mengaitkannya dengan perbuatan makhluk halus.

| harianmetro | Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Mohd Hanafis Abdul Haris | am@hmetro.com.my