Dalam sekelip mata sahaja, sebuah syarikat barangan elektrik menjadi sebutan ramai apabila ‘tagline‘ yang digunakan untuk produk vacum j...

1:10 PM by Unknown

Dalam sekelip mata sahaja, sebuah syarikat barangan elektrik menjadi sebutan ramai apabila ‘tagline‘ yang digunakan untuk produk vacum jualannya dikatakan menghina pembantu rumah Indonesia.

‘Fire Your Indonesian Maid‘. Frasa tersebut didakwa digunakan syarikat Corvan Technology untuk produk pembersih keluaran syarikatnya.

Media-media di Indonesia kemudiannya mencanangkan isu tersebut kerana dikatakan mengandungi elemen yang merendah-rendahkan amah dari Indonesia.

Dalam satu kenyataan di media Indonesia, Gabenor Jakarta Basuki Tjahaja Purnama mengecam penggunaan ayat tersebut sebagai daya penarik pengguna untuk membeli peralatan elektrik tersebut pada iklan.

“Tidak boleh berkata pecat begitu sahaja. (Penggunaan kata-kata) ‘Fire your Indonesian maid’ itu sangat kurang ajar,” ujar beliau yang lebih dikenali dengan panggilan Ahok.

Menurut Ahok lagi, isu tersebut selayaknya diselesaikan oleh pemimpin Malaysia dan Indonesia kerana ia dikhuatiri dapat merenggangkan hubungan rapat kedua-dua negara.

Sementara itu, Menteri Tenaga Kerja Indonesia, Hanif Dhakiri pula dikhabarkan telah menghantar pesanan kepada Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot Jaem berhubung isu tersebut. Dalam kandungan pesanan tersebut, Hanif berkata, beliau memaklumkan bahawa rakyat Indonesia tidak senang dengan terma yang digunakan dan memohon Richard untuk mengambil tindakan tegas kepada syarikat terbabit.

“Kalau jawapan daripada menteri Malaysia, mereka akan membantu kita. Kerana pemimpinnya juga tidak tahu, mereka akan selidik dahulu. Mereka tidak boleh terus memohon maaf.”

Namun demikian, dalam satu kenyataannya hari ini, Corven Technology menjelaskan bahawa ia tidak terlibat dengan iklan tersebut dan tidak bersetuju dengan cara promosi yang dilakukan. Terang wakilnya, iklan itu telah dihasilkan oleh pengedar tidak sah.

“Selaku pengedar tunggal (produk) Neoto Robotics di Malaysia, Corvan Technology dan pengedar sah lain berpegang teguh dengan moral dan kod etika yang tidak akan membiarkan iklan dan promosi yang negatif atau menyinggung perasaan. Corvan Technology menggesa para pelanggan Neoto BotVac Robotic Vacuum supaya berhati-hati dengan pengedar tidak sah.”

Sumber berita: MYNEWSHUB