PASIR MAS 5 Feb – Dua buah ‘kitab’ agama Kristian berjudul Isa Al-Masih Kalimatullah dan Kisah Tentang Yesus Kristus dalam bentuk kartu...

7:58 AM by Unknown

PASIR MAS 5 Feb – Dua buah ‘kitab’ agama Kristian berjudul Isa Al-Masih Kalimatullah dan Kisah Tentang Yesus Kristus dalam bentuk kartun telah ditemui dalam pengedaran bersama bantuan banjir di Kampung Slow Machang, Kelantan.
Memetik laporan Utusan Malaysia, kedua-dua ‘kitab’ dalam bahasa Melayu itu diletakkan bersama bantuan banjir dan diagihkan oleh sebuah badan bukan kerajaan (NGO).
Agihan itu dilakukan kepada penduduk kampung pada 21 Januari lalu itu.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP), Suhaimi Mustafa, kitab tersebut ditemui sebaik sahaja membuka plastik bantuan banjir yang mengandungi barangan makanan dan keperluan harian.
Susulan itu, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Mas bersama beberapa buah NGO tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas petang semalam.
| Sumber: IsmaWeb |