Olympus E-M5 Mark II merupakan model terbaharu keluaran Olympus yang menggunakan model kamera tanpa cermin OM-D. Model terbaharu E-M5 Mark I...

7:32 AM by Unknown
Olympus E-M5 Mark II merupakan model terbaharu keluaran Olympus yang menggunakan model kamera tanpa cermin OM-D. Model terbaharu E-M5 Mark II itu merupakan kesinambungan daripada tiga model OM-D terdahulu termasuk E-M1, E-M5 dan E-M10.

Model terbaharu E-M5 Mark II ini bakal dijual dengan harga dari RM3,899 dan sempena pelancaran hari ini, tiga pakej menarik disediakan kepada pembeli jika mendapatkannya sebelum 8 Mac ini.

Menurut Pengurus Besar Bahagian Sistem Pengimejan Olympus Malaysia Sdn. Bhd., Yong Kee Nyap “Kelainan pada E-M5 Mark II ini adalah kami memberi kelebihan kepada rakaman video di mana kamera ini dilengkapi penstabilan imej lima paksi padanya.

“Ini merupakan kamera sistem tanpa cermin seumpamanya di dunia yang dilengkapi penstabilan imej lima paksi di mana saingan terdekat kami hanya menggunakan dua paksi.

“Maka, penggunaan ketika rakaman video atau fotografi lebih stabil tanpa memerlukan peralatan penstabilan luaran yang lebih mahal dan berat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran serentak global OM-D E-M5 Mark II kelmarin. (5 Februari 2015)