Semalam, Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) mula melaksanakan kempen poster atas talian sebagai desakan untuk membatalkan konsert ...

4:23 AM by Unknown

Semalam, Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) mula melaksanakan kempen poster atas talian sebagai desakan untuk membatalkan konsert artis K-Pop Taeyang Sabtu ini.

Presidennya, Ustaz Ibrahim Mohd Hasan berkata, kempen poster itu telah di ‘viral’kan sebagai tanda bahawa para belia menolak konsert seumpama itu diadakan.

“Kita tidak mahu anasir luar mempengaruhi minda anak muda sehingga melahirkan masyarakat yang hanya mementingkan hiburan melampau semata-mata.

“Kita ingin membawa Islam sebagai solusi. Islam tidak menolak hiburan tetapi tidak boleh melampau supaya manusia itu terpelihara daripada kerosakan,” katanya kepada ISMAweb.

Penyanyi K-Pop terkenal Taeyang dijadualkan mengadakan konsert sulungnya ‘2015 Taeyang World Tour Rise In Malaysia’ di Stadium Negara dan IME Event adalah selaku penganjur konsert.

Taeyang ini merupakan anggota kumpulan Big Bang yang berjaya menjadi menarik perhatian peminat K-Pop.

Ulas Ustaz Ibrahim, sememangnya kita kesuntukan masa kerana konsert tersebut akan diadakan dua hari sahaja lagi.

“Tetapi mungkin ini ikhtiar kita untuk jangka masa panjang. Yang penting kita mewujudkan kesedaran di kalangan belia kita agar mereka mempunyai jati diri dan agenda yang jelas dalam kehidupan.

“Dan juga ini ikhtiar supaya belia yang berniat untuk pergi konsert pada Sabtu ini akan terus membatalkan niat mereka itu,” ujar beliau ketika dihubungi.

| Sumber: ismaweb |