PENGAMBILAN JAWATAN INSPEKTOR DAN KONSTABEL SUKARELAWAN POLIS DIRAJA MALAYSIA (LELAKI/WANITA) SIRI 1/2015 BAGI KONTINJEN KUALA LUMPUR E...

2:38 PM by Unknown
PENGAMBILAN JAWATAN INSPEKTOR DAN KONSTABEL SUKARELAWAN POLIS DIRAJA MALAYSIA (LELAKI/WANITA) SIRI 1/2015 BAGI KONTINJEN KUALA LUMPUR
Eksesais pengambilan akan dijalankan secara walk-in interview bermula pada 09/02/2015 hingga 13/02/2015 bermula jam 7.00 pagi. Berikut adalah senarai Pusat-pusat Walk-in Interview bagi Polis Kontinjen Kuala Lumpur:
1. Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur 
Jalan Hang Tuah, 50560, KL
Tel. 03-21466233 / 03-21466116
2. Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul Batu 2 1/2,
Jalan Ipoh, 51200, KL
Tel. 03-40482222 ext 3328
IKLAN PENGAMBILAN JAWATAN INSPEKTOR DAN
KONSTABEL SUKARELAWAN POLIS DIRAJA MALAYSIA
(LELAKI/WANITA) SIRI 1/2015
1. JAWATAN INSPEKTOR DAN KONSTABEL SUKARELAWAN SIMPANAN POLIS LELAKI /WANITA Rujukan: KPN 140/3.
2. ELAUN PENUGASAN
Elaun penugasan :
2.1 Inspektor : RM 7.80 Sejam
2.2 Konstabel : RM 6.00 Sejam
3. SYARAT SKIM PERKHIDMATAN
3.1. Warganegara Malaysia
3.2. Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 45 tahun pada tarikh temuduga.
3.3. Kelayakan:
3.3.1. Jawatan Inspektor : Dari kalangan Inspektor Kor SUKSIS yang ditauliah sahaja.
Jawatan Konstabel : Minima lulus SRP/PMR atau setaraf dengannya.
3.3.2. Mendapat kelulusan dan kebenaran dari Ketua Jabatan/ Majikan untuk berkhidmat sebagai Sukarelawan Simpanan Polis.
3.3.3. Bersih dari sebarang Rekod Jenayah/Rekod Cawangan Khas
3.3.4. Tidak menjadi ahli anggota lain-lain badan beruniform yang boleh dikerah tenaga didalam keadaan darurat.
3.3.5. Pekerja-pekerja dari kumpulan Key Personal seperti Hospital /TNB (breakdown)/Telekom (teach) , Pegawai Keselamatan/ Jaga yang bertugas dengan Kerajaan/Badan Berkanun tidak layak memohon.
3.3.6. Sila sertakan 1 salinan kad pengenalan, Sijil Kelahiran, Sijil Akademik dan Sijil Berhenti Sekolah/Tamat Sekolah
3.3.7. Perkhidmatan Sukarelawan Simpanan Polis adalah tertakluk kepada jadual perintah/peraturan/kaedah PVR Regulations 1956, Akta Polis 1967 (Akta 344) dan Perintah Tetap Ketua Polis Negara Bahagian A 502.
4. KELAYAKAN FIZIKAL
Pemohon-pemohon hendaklah mempunyai ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:-
4.1. Tinggi sekurang-kurangnya Lelaki :162cm, Wanita : 152cm
4.2. Berat badan sekurang-kurangnya Lelaki : 50 kg, Wanita : 48 kg
4.3. Mempunyai penglihatan yang baik;
4.4. Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat. DAN;
4.5. Diakui sihat oleh Pegawai Perubatan Kerajaan termasuk pemeriksaan X-Ray.
5. CARA MEMOHON
Eksesais pengambilan akan dijalankan secara walk-in interview bermula pada 09/02/2015 hingga 13/02/2015 bermula jam 7.00 pagi. Untuk pemeriksaan dan ujian kecergasan fizikal, calon lelaki dikehendaki membawa bersama seluar pendek dan kasut sukan manakala calon wanita bawa seluar track bottom dan t-shirt. Senarai Pusat-pusat Walk-in Interview bagi Polis Kontinjen Kuala Lumpur adalah seperti berikut:-
1. Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur
Jalan Hang Tuah, 50560, KL
Tel. 03-21466233 / 03-21466116
2. Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul
Batu 2 1/2, Jalan Ipoh, 51200, KL
Tel. 03-40482222 ext 3328