Jun nama yang tidak asing lagi di Negara Cina dia adalah mastermind XIAOMI. Nama Xiaomi agak popular pada tahun ini, apatah lagi dengan...

10:28 AM by Unknown

Jun nama yang tidak asing lagi di Negara Cina dia adalah mastermind XIAOMI. Nama Xiaomi agak popular pada tahun ini, apatah lagi dengan kemasukkan mereka ke pasaran tempatan secara rasminya. Kini, melalui statistik terkini untuk suku kedua 2014 yang dikeluarkan hari ini, ia dilihat Xiaomi menduduki tangga ke lima dalam senarai pengeluar telefon pintar terbesar di dunia.
Pada tahun ini 2015 Xiaomi telah meluncurkan 1 produk baru untuk meneruskan legasi pasaran telefon pintar mampu milik, Xiaomi menjadi popular kerana menawarkan telefon pintar berspesifikasi tinggi dengan harga yang berpatutan kerana  mereka tidak mengeluarkan sebarang kos pemasaran, disamping tidak mempunyai pengedar dan penjual.
tahun  ini Pihak Xiaomi telah mengeluarkan dua produk terbaru mereka yang dinamakan Xiaomi Note dan Xiaomi note PRO bagi menyambung legasi generasi sebelumnya.Disini saya ingin kongsikan sedikit sepesifikasi  tentang kedua-dua model ini.Xiaomi Mi Note hadir dengan skrin paparan NEGA negative LCD 1080 berukuran 5.7-inci dengan kepadatan piksel mencecah 386ppi manakala Mi Note Pro hadir dengan skrin paparan QHD berukuran 5.7-inci dengan resolusi 2560 x 1440 piksel yang memberikan kepadatan piksel mencecah 515ppi. 
Pendukung kelajuan pemprosesan atau dikenali RAM ( random Acecss Memory ) terdapat sedikit perbezaan.Xiaomi Mi Note hadir ke pasaran sebagai antara telefon pintar dengan RAM yang terbesar iaitu 3GB namun Mi Note Pro diletakkan di kelas yang tersendiri apabila ianya dilengkapi dengan 4GB RAM. Mi Note Pro menjadi telefon pintar kedua didunia yang hadir dengan 4GB RAM selepas Asus Zenfone2 yang dilancarkan di CES minggu lalu. Manakala memori simpanan pula, Mi Note hadir dengan dua pilihan memori simpanan iaitu 16GB dan 64GB dan untuk  versi Mi Note Pro hanya ditawarkan didalam versi 64GB. Harus juga diingat bahawa kedua-dua telefon pintar ini tidak menawarkan slot memori microSD.
| Sumber: HeroMoro.com |