Selepas sekian lama menunggu, akhirnya tablet Xiaomi Mi Pad yang dijual di China sejak Jun tahun lalu kini dipasarkan ke Malaysia secar...

11:11 AM by Unknown

Selepas sekian lama menunggu, akhirnya tablet Xiaomi Mi Pad yang dijual di China sejak Jun tahun lalu kini dipasarkan ke Malaysia secara rasmi dengan kuasa CPU Nvidia Tegra K1 yang memiliki 192 core grafik untuk memberi pengalaman grafik paling hebat bagi peranti mudah alih.

Ia dijual pada harga RM799, namun tidak mempunyai sokongan kad SIM yang bermakna hanya versi WiFi saja dijual di negara ini bersama setoran 16GB dan slot kad memori mikroSD.

INFO

XIAOMI MI PAD
Harga: RM799
Sambungan: WiFi
CPU: Nvidia Tegra K1, dual core 2.2GHz
Skrin: 7.9 inci HD penuh IPS 326ppi
RAM: 2GB
Memori: 16GB
Kamera: 8MP, 5MP (depan)
Bateri: 6700mAh
Dimensi: 202.1 x 135.4 x 8.5mm
Berat: 360g
OS: Android 4.4 KitKat
Warna: Putih, biru, kuning, merah, hijau dan hitam