Adik kepada Presiden Sri Lanka meninggal dunia di hospital, pada Sabtu, selepas diserang seorang lelaki yang bersenjatakan kapak, dua hari ...

12:00 PM by Unknown
Adik kepada Presiden Sri Lanka meninggal dunia di hospital, pada Sabtu, selepas diserang seorang lelaki yang bersenjatakan kapak, dua hari lalu.

Menurut polis, Priyantha Sirisena, 40, cedera parah di bahagian kepala, dalam satu serangan yang berlaku di kampung halamannya, di Polonnaruwa, 215 kilometer dari timur laut Colombo.

Kematian usahawan tempatan itu berlaku, ketika Maithripala Sirisena dalam rangka lawatan rasmi ke China.
Polis memaklumkan, seorang lelaki telah ditahan untuk membantu siasatan.

Menurut doktor, mangsa diterbangkan ke Colombo untuk menerima rawatan kecemasan, namun kecederaan di kepalanya itu terlalu parah dan keadaannya tidak berubah, walaupun selepas menjalani pembedahan.

Maithripala dilantik sebagai Presiden Sri Lanka, selepas memenangi pemilihan Presiden pada Januari lalu.

- Agensi