Kejadian berlaku kira-kira pukul 11.15 pagi ketika beliau bersama seorang rakannya, Izuan Mokhtar sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur bagi mengacarakan rancangan Melodi sempena Karnival Jom Heboh di Stadium Hang Jebat, Krubong.

Awal, 34, bagaimanapun hanya mengalami cedera ringan di bibir dan kini ditahan bagi rawatan lanjut di Ruang Dekontaminasi dan Pemerhatian Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Melaka.
Sementara itu, isteri Awal, Scha Al Yahya ketika dihubungi berkata, dia dimaklumkan mengenai kejadian berkenaan oleh suaminya sendiri.

“Saya sedang menjalani penggambaran drama di Kuala Lumpur dan mendapat panggilan telefon daripada Awal menyatakan dia mengalami kemalangan jalan raya tetapi berada dalam keadaan yang stabil,” katanya. 

- UTUSAN ONLINE Oleh: FADZLY IZAB DAN MUHAMMAD AZRUL MOHD. RADI