Pelakon, pengacara dan pengamal aktiviti kecergasan, Sharifah Sakinah kini sah bergelar isteri kepada Aliff Adha kelmarin dalam satu majlis perkahwinan yang berkonsepkan dalam taman di kawasan taman Hotel Shangri-La, Putrajaya.
Sakinah menerima tujuh dulang hantaran dan membalas kembali sembilan dulang kepada Aliff.
Menariknya, Sakinah hanya menerima tujuh pasang kasut jenama Adidas koleksi terbaharu dan Aliff pula diberi sebentuk cincin, senaskhah al-Quran, tali pinggang, seutas jam tangan dan sepasang kasut bola.
Pasangan itu dinikahkan oleh bapa Sakinah sendiri Syed Abu Bakar Syed Abdul Rahman dengan disaksikan Imam Masjid Wilayah Putra Jaya, Ustaz Fairuz Suhari.
Beberapa rakan artis turut hadir memeriahkan majlis perkahwinan kedua mempelai termasuk Marsha Milan, Anzalna Nasir, Elfira Loy, Siti Saleha, Sherry Al Hadad, Nabila Huda, Nad Zainal dan Tasha Shila.
- Sumber BeritaHarian Online -Foto oleh Zaidi Mohamad