Menerusi sebuah laporan dari Berita Harian Singapura, bekas pengurus penyanyi Tegar Septian iaitu Arif Dollah kini ditahan untuk siasatan oleh pihak berkuasa Singapura berikutan susulan laporan seksual yang dilakukan terhadap penyanyi tersebut.
Pengesahan penahanan tersebut disahkan oleh pihak polis Singapura selepas menerima dua laporan pada 25 Februari berhubung dengan laporan seksual terhadap Tegar dan siasatan terhadap Arif Dollah kini dilaksanakan. Selain dari laporan yang dibuat di Singapura, Tegar juga dilaporkan telah membuat laopran kepada badan hak kanak-kanak di Indonesia, Komisi Nasional Perlindungan Anak (Komnas PA) terhadap penderaan seksual yang diterima dari bekas pengurusnya itu.
Sebelum ini Arif Dollah menafikan kesemua dakwaan tersebut kepada media termasuk seorang artis Singapura.
Seorang lagi artis Singapura Sufie Rashid iaitu anak tiri Arif juga pernah mendakwa Arif Dollah pernah menjadi pengurusnya dan mengaku telah dipaksa melakukan seks oral oleh lelaki tersebut. Menurutnya kejadian yang menimpa Tegar membuatkan dia terpanggil untuk membuat pengakuan berani berhubung dengan kelakuan pengurus tersebut.
Kata penyanyi berusia 24 tahun itu, dia tidak terkejut dengan kenyataan dibuat Arif kepada media kerana lelaki itu bijak memanipulasi fakta.
“Dia memang pandai putar belit cerita. Saya ada terbaca kenyataan Arif yang menyuruh Tegar membuat laporan polis dan pemeriksaan doktor sekiranya benar dia diliwat.
“Saya merasakan kenyataan tersebut lucu kerana pihak Tegar tidak pernah mendakwa Arif meliwat, tetapi ia hanya gangguan seksual.
“Apa yang cuba dia buktikan? Saya berani mendedahkan segalanya kerana saya menyimpan perkara ini sudah lama. Ya, saya mendendami Arif. Kerana dia saya mengalami tekanan perasaan dan terpaksa menjalani rawatan bersama pakar jiwa,” ujarnya kesal.
- Alahai! - Sumber Rotikaya Dan Astro Awani.