Aizat atau nama sebenarnya Muhammad Aizat Amdan, 26, berkata, sebagai seorang yang pernah mempunyai obesiti sebelum ini, tagline tersebut tidak wajar diungkapkan kerana ia akan mendatangkan masalah besar kepada seseorang yang mempunyai masalah berat badan.
"Saya juga pernah mempunyai berat badan berlebihan suatu ketika dahulu dan ungkapan itu merupakan penipuan diri sendiri kerana setiap orang harus menggamalkan gaya hidup sihat.
"Ini merupakan mentaliti masyarakat Malaysia yang harus diubah kerana jika perkara ini tidak dibendung ia akan menjadi masalah yang besar pada masa hadapan.
Aizat berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran single terbaharunya berjudul Langit Tetap Biru di Paranormal Studio, Bandar Sri Damansara, di sini, Khamis.
Hadir sama pada majlis itu, kumpulan Tona Warna dan The Venopian Solitude.
Bagaimanapun, Aizat berkata dia mengakui proses untuk menurunkan berat badan bukannya mudah kerana sesorang itu harus berkerja keras untuk mendapatkan berat badan ideal.
"Dulu saya pernah mempunyai berat badan 113 kilogram dan saya mengakui tidak senang untuk menurunkan berat badan menjadi ideal kerana senaman yang dilakukan bukanlah mudah seperti orang sangka.
"Sejujurnya, tiada jalan pintas untuk menurunkan berat badan ini jadi seseorang itu harus bekerja keras untuk mendapatkannya dan mereka perlu yakin dengan apa yang dilakukan," jelasnya lagi.
- mStar
![]() |
| Gambar lama Aizat |


