KUALA LUMPUR 2 April – Kerajaan digesa memastikan cukai barang dan perkhidmatan (GST) kad tambah nilai prabayar telefon tidak dikenakan ke atas pengguna sebaliknya ditanggung oleh syarikat telekomunikasi.
Timbalan Presiden Gabungan Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohamad Yusoff Abdul Rahman berkata, ini memandangkan cukai perkhidmatan telah dikenakan ke atas jualan kad tersebut.
Justeru, katanya, adalah tidak adil pengguna dikenakan pula GST seperti yang diputuskan dalam perbincangan antara Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan wakil syarikat telekomunikasi hari ini setelah isu tersebut mendapat bantahan meluas pengguna.
Menurutnya, walaupun syarikat telekomunikasi memberikan tambahan masa berbual dan khidmat pesanan ringkas (SMS), namun itu bukan penyelesaian yang sepatutnya.
“Apa pengguna mahu adalah jika kad tambah nilai itu RM10, maka tidak harus dikenakan caj yang lebih daripada itu. Ini adalah penyelesaian yang kami mahukan.
“Lagi pun siapa nak mengukur masa berbual. Saya kira penyelesaian dicapai hari ini tidak dipersetujui rata-rata pengguna. Apatah lagi pengguna telefon prabayar kebanyakannya adalah mereka yang berpendapatan rendah dan pelajar,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas keputusan perbincangan beberapa agensi kerajaan terlibat termasuk JKDM bersama syarikat telekomunikasi berhubung GST kad tambah nilai prabayar yang dibantah pelbagai pihak memandangkang cukai perkhidmatan telah dimasukkan dalam nilai kad berkenaan sebelum ini.
Dalam perbincangan hari ini, JKDM memaklumkan GST akan tetap dikenakan namun syarikat telekomunikasi bersetuju menambah masa berbual dan SMS yang mana penyelesaian tersebut akan diperhalusi dalam tempoh tiga bulan.
Sementara itu, Presiden Lembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna Malaysia (LPKPM), Datuk Seri Dr. Saharuddin Awang Yahya berkata, jika dibiarkan syarikat telekomunikasi mengenakan ‘dua’ kali cukai, dibimbangi akan menjadi amalan dalam sektor lain pula.
Sehubungan itu, katanya, kerajaan perlu bertegas tanpa mengira industri bagi melindungi kepentingan pengguna.
“Kita tahu ini penyelesaian untuk jangka masa tertentu sahaja, tetapi pada saya tetap tidak boleh diterima.
“JKDM perlu lihat balik penyelesaian hari ini. Dikhuatiri perkara ini akan menjadi budaya dan tindakan sama dilakukan industri lain,” jelasnya.
- Utusan Online