Laman web  lapangan terbang Australia ditutup sementara hari ini selepas diambil alih oleh penggodam pro-IS yang menyiarkan mesej menyokon...

5:15 PM by Unknown
Laman web  lapangan terbang Australia ditutup sementara hari ini selepas diambil alih oleh penggodam pro-IS yang menyiarkan mesej menyokong kumpulan militan itu, lapor AFP.
Menurut polis, penggodam nampaknya telah sasarkan laman web yang digunakan oleh Lapangan Terbang Antarabangsa Hobart di Tasmania dan tiada ancaman langsung telah dibuat.
“Mesej yang dimuat naik di laman web ini mengandungi kenyataan menyokong ISIS,” kata polis Tasmania dalam satu kenyataan.
Menurut pihak berkuasa, mesej yang sama telah dimuat naik di laman-laman web di seluruh dunia sejak lewat 2014.
therakyatpost