Sarimah Ibrahim kini sah bergelar isteri kepada Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar, 43, cucu kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10, tengah hari tadi dengan sekali lafaz.
Majlis bertemakan tradisional dan kemelayuan yang berlangsung di sebuah hotel di sini. Pasangan itu dinikahkan oleh jurunikah dari Istana Negara, Ustaz Nik Ridzuan Nik Mohamad dengan disaksikan wali-bapa Sarimah, Ibrahim Ahmad sendiri.
Dalam majlis pernikahan tersebut, pihak pengantin perempuan menerima tujuh dulang hantaran berbalas jumlah yang sama kepada pengantin lelaki. Sarimah turut menerima mas kahwin sebanyak RM6,000.
Sarimah dan Jamie berkenalan selama sembilan bulan sebelum bertunang pada 27 September tahun lalu.. Ini bukan perkahwinan pertama mereka. Sarimah pernah berkahwin dengan jejaka Australia, Amir Andrew Abdullah pada 2006 tetapi bercerai pada penghujung Disember 2008.
Jamie pula yang berstatus duda tanpa anak juga pernah berkahwin dan sudah bergelar solo ketika bertemu selebriti berkenaan 13 bulan lalu.
- RotiKaya