SINGAPURA 12 April – Pengeluar telefon pintar China, Xiaomi mencipta rekod jualan yang memberangsangkan apabila 2.12 juta telefon berjaya dijual dalam talian selama 12 jam.
Naib Presiden Global Xiaomi, Hugo Barra berkata, jualan telefon sempena Festival Mi Fan 2015 itu melepasi 1.3 juta jualan yang dicatat pada festival sama tahun lalu.
Katanya, syarikat berkenaan turut menjual sebanyak 38,000 Mi TV dan 770,000 peralatan pintar termasuk Mi Smart Scale dengan jumlah perolehan bernilai AS$335 juta (RM1.2 bilion).
“Kejayaan ini membawa Xiaomi ke tempat ketiga dalam kalangan pembuat telefon pintar global dengan menjual telefon pintar kos rendah dan tablet untuk pelanggan yang mementingkan bajet di pasaran seperti China, Indonesia serta India,” katanya menerusi laporan CNET di sini baru-baru ini.
Dalam pada itu, Xiaomi akan melancarkan kedai dalam talian iaitu Mi.com di Amerika Syarikat dan Eropah yang hanya akan menjual aksesori termasuk Mi Band dan power bank.
Menurut Hugo. Mi.com berkenaan bakal memberi pengalaman berbeza daripada yang sudah ada di pasaran Asia kerana kedai dalam talian itu tidak menjual telefon.
Selain aksesori, Xiaomi buat masa ini ke arah menjual lebih banyak produk gaya hidup. Baru-baru ini syarikat itu bekerjasama dengan jenama sukan, Li Ning untuk menghasilkan kasut pintar. – AGENSI
- See more at: Utusan Online