Aktres yang tercalon dalam senarai Wanita Paling Seksi Dunia 2015 oleh majalah FHM baru-baru ini, Jennifer Lawrence, dilaporkan sekali lagi menolak pelawaan anak kedua kepada Putera Charles iaitu Putera Harry.
Harry telah mempelawa J Law untuk makan malam di Istana Kensington namun bintang filem The Hunger Games itu menolak dengan alasan tidak gemar dengan kehidupan di raja.
"Putera harry telah mengarahkan pembantunya untuk mengundang Jennifer keluar malam malam bersama dan meluangkan masa berjalan menyusuri keindahan Istana Kensington.
"Namun sayangnya J Law menolak pelawaan tersebut secara sopan dengan alasan tidak suka dengan kehidupan di raja seperti yang dijalani oleh Kate Middleton yang mendirikan rumah tangga dengan abangnya, Putera William,” ujar sumber terdekat J Law seperti yang dilaporkan Life & Style.
Jelas sumber J Law lagi, pelawaan Putera Harry tidak kena pada waktu di saat wanita berusia 25 tahun itu intim dengan vokalis kumpulan Coldplay, Chris Martin.
Malah baru-baru ini, pelakon berusia 24 tahun ini dilihat berjalan bersama Martin di Tavern di Green di bandar New York.
"Mereka berdua dilihat berbual mesra dan sangat romantik sambil menikmati hidangan. Sewaktu hendak meninggakan tempat tersebut, J Law mengajak Martin berjalan-jalan dan mereka juga dilihat berpegangan tangan," kata seorang saksi kepada New York Post.
Sementara itu, satu lagi laporan menyebut, ini bukan pertama kali Putera Harry cuba mendekati J Law. Pada tahun 2013 jejaka berusia 30 tahun itu sempat mengatur sebuah program semata-mata ingin bertemu J Law.
Harry dikatakan telah tertarik dengan perwatakan J Law yang periang dan bersahaja. Malah putera raja itu merasakan sudah tiba masanya kini untuknya menjalinkan hubungan yang serius dan berfikir mahu memperisterikan pelakon Hollywood.
- malaysiandigest