MEKAH 27 Dis. - Bilal yang paling lama berkhidmat di Masjidilharam, Sheikh Mohammed Siraj Maaroof (Sheikh Maaroof) meninggal dunia akibat...

9:10 AM by Unknown
MEKAH 27 Dis. - Bilal yang paling lama berkhidmat di Masjidilharam, Sheikh Mohammed Siraj Maaroof (Sheikh Maaroof) meninggal dunia akibat penyakit paru-paru yang telah lama dialaminya, kelmarin.

Sheikh Maaroof meninggal dunia di Hospital Pakar al-Noor sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan al-Mualla di sini selepas solat jenazah diadakan di Masjidilharam sejurus solat Su­buh, semalam.

Sheikh Maaroof mula berkhidmat sebagai bilal Masjidilharam selepas mengambil alih tugas itu daripada Allahyarham bapanya, kira-kira 34 tahun lalu, lapor portal Arab News.

Portal Saudi Gazette pula me­laporkan, rumah keluarga Sheikh Maaroof di daerah al-Subhani mula dibanjiri orang ramai yang mahu mengucapkan takziah selepas solat Maghrib, semalam.

Ketua Bilal Masjidilharam, Ali Mullah turut melahirkan rasa sedih terhadap pemergian rakan sejawatnya itu.
“Sheikh Maaroof merupakan satu daripada bilal yang paling lama berkhidmat di Masjidilharam.

“Beliau mewarisi tugas yang mulia ini daripada bapa dan datuknya. Keluarga Allahyarham merupakan antara keluarga menjadi bilal di Masjidilharam bagi tempoh yang lama,” katanya.

Mullah menambah, Sheikh Maaroof sudah lama menderita akibat penyakit paru-paru, namum butiran sakitnya tidak di­nyatakan.

Sheikh Maaroof kali terakhir melaungkan azan di Masjidilha­ram pada 1 Disember lalu.

- UtusanOnline