Gambar Illustrasi SANDAKAN - Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) berjaya melaksanakan 33 kali Ops Gasak sepanjang tahu...

8:00 PM by Unknown
Gambar Illustrasi
SANDAKAN - Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) berjaya melaksanakan 33 kali Ops Gasak sepanjang tahun lalu yang menyaksikan 2,364 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditangkap dan diambil tindakan undang-undang termasuk dihantar balik ke negara asal mereka.


Komander Esscom, Datuk Abd. Rashid Harun berkata, daripada jumlah itu, 1,727 adalah lelaki manakala selebihnya wanita dan kesemua mereka ditahan kerana tidak memiliki dokumen yang sah.
Katanya, operasi itu bertujuan untuk membersihkan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) daripada PATI.
Beliau berkata seramai 6,081 diperiksa sepanjang tempoh itu yang tertumpu di kawasan penempatan kampung air dan perkampungan setinggan di Esszone.
"Daerah Semporna mencatatkan jumlah tangkapan tertinggi iaitu 1,519 orang, diikuti Lahad Datu dengan 518 orang dan Sandakan 187 orang," katanya dalam kenyataan di sini sebentar tadi. - KOSMO!

| Sumber |