![]() |
Video yang dimuat naik di akaun rasmi mereka itu menyaksikan Caliph Buskers membuat persembahan di Jalan Tuanku Abdul Rahman dekat sini dengan mempersembahkan laguRomancinta, dipopularkan oleh Mojo.
Rakaman video yang dimuat naik pada 1 Ogos 2014 itu mencapai jumlah tontonan paling tinggi berbanding video-video lain yang dimuat naik oleh kumpulan berkenaan di laman sosial itu.
Peningkatan mendadak jumlah tontonan itu selepas mereka berjaya memenangi Persembahan Terbaik ketika menyampaikan lagu Romancinta pada Anugerah Juara Lagu ke 29 (AJL 29) pada Ahad lalu.
Persembahan bertenaga vokalis Caliph Buskers iaitu Khairul Azmi Saat, 28, mengejutkan penonton kerana gimik yang dilakukan oleh Edry Abdul Halim sebagai ketua kumpulan Mojo dalam pertandingan berkenaan benar-benar menjadi.

