Gambar illustrasi Tawau - Seorang lelaki berusia 32 tahun di jatuhkan hukuman penjara 13 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di ...

9:35 PM by Unknown
Gambar illustrasi
Tawau - Seorang lelaki berusia 32 tahun di jatuhkan hukuman penjara 13 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah merogol anak tirinya berusia 19 tahun di sebuah ladang kelapa sawit di sini.

Tertuduh mengaku salah di hadapan Hakim Ummu Khaltom Abd Samad di bawah Seksyen 376 (2) (b) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 376 kanun yang sama.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang telah berkahwin dengan ibu mangsa sejak tahun 2000 melakukan perbuatan itu pada 5 Januari lepas kira-kira jam 12 tengahari.

Tertuduh telah mengambil mangsa yang sebelum itu berada di rumah makciknya di Kg Icebox dengan menyatakan bahawa ibu mangsa menyuruhnya pulang ke rumah di Kg Batu.

Mangsa kemudian bertindak mengikut tertuduh pulang dengan menaiki kereta jenis Kancil yang telah diarah oleh tertuduh mengikut arah ke SK Pekan Semporna.

Apabila sampai dipertengahan jalan berdekatan ladang kelapa sawit tertuduh telah meminta pemandu kereta berhenti dan membawa mangsa keluar lalu masuk ke dalam ladang.

Mangsa yang takut dipukul telah menurut kemahuan tertuduh dan melawan ketika tertuduh cuba membuka seluar mangsa. Tertuduh kemudian merogol mangsa sebelum berhenti apabila mangsa mengadu kesakitan.

Tertuduh ditahan di rumah mereka di Kg Batu pada hari sama kira-kira jam 3.04 petang selepas mangsa membuat laporan polis.

Kes pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Insp. Zakariah Kirini dengan mahkamah mengarahkan tertuduh menjalani hukuman mulai tarikh sabitan dan diarah di rujuk ke Jabatan Imigresen.

| Sumber Surasabah |