Sumber dan khabar angin, mengatakan ada sebuah saluran televisyen sudah merangka-rangka hendak membikin sebuah program yang ala-ala K...

7:00 PM by Unknown

Sumber dan khabar angin, mengatakan ada sebuah saluran televisyen sudah merangka-rangka hendak membikin sebuah program yang ala-ala Keeping Up With Kardashians mengenai Emma Maembong dan adik-beradiknya. Cuba anda teka apa tajuk untuk cerita keluarga anak beranak Maembong itu.
Menurut Sumber, tajuknya berbunyi ‘The Maembongs’. Mesti banyak ragam dan drama dalam ‘The Maembongs’ nanti (kalau jadilah). Bukan sahaja Emma, Chacha, Shikin, Yaya yang selama ini pun sudah banyak drama, tambah pula dengan ayah mereka Ismail Embung yang semakin popular dengan status-status Facebook yang menaikkan bulu roma, mesti rancangan itu meletup-letup macam bertih jagung. Emma dan kekasihnya pun sudah berbaik semula, bolehlah masuk drama lagi nanti.
Tapi, kalau fikir-fikir balik, betul ke ‘The Maembongs’ akan direalisasikan? Selama ini, bukan ke ayah Emma sangat sensitif bab-bab publisiti lebih-lebih atau mungkin program itu ada haluan yang betul, tak propa macam sesetengah program realiti tapi isinya lakonan.
| Sumber Dari Mizz Lahar | Kosmo |