Spekulasi mengenai Lisa Surihani hamil terjawab sudah apabila suaminya, Yusry Abdul Halim, 42, mengesahkan yang isterinya, Lisa Surihani,...

12:05 AM by Unknown

Spekulasi mengenai Lisa Surihani hamil terjawab sudah apabila suaminya, Yusry Abdul Halim, 42, mengesahkan yang isterinya, Lisa Surihani, 29, sedang hamil.

“Ya, isteri saya sedang mengandung. Tapi masih dalam peringkat awal. Saya tidak mahu terlalu bercakap mengenai perkara ini.

“Terima kasih atas doa kalian,” katanya ketika ditemui dalam majlis pelancaran trailer filem terbaharu arahannya bersama Ghaz Abu Bakar, Cicakman 3 di sini hari ini.

“Sejujurnya kami memegang pesanan orang tua-tua bahawa berita mengenai kehamilan hanya boleh dikongsi selepas tempoh tertentu.

Bagi Lisa pula, dia rasa serba salah untuk berkongsi berita tersebut. Bagaimanapun, dia memaklumkan juga bagi mengelakkan spekulasi berpanjangan.

Yusry dan Lisa mendirikan rumah tangga pada 23 Februari 2012.

Tahniah Dari Kami.

| UTUSAN ONLINE |